Monday, December 3, 2007

The Mature Years: AYU


AYU

dalam kejemuan membalik-balik lembaran hidup
terasa jejari lembutmu menyentuh tanganku
lalu kita bersua berbisik misteri
hingga tersebut rindu di hati

kau bebayang asyik kupandang
dan setiap kali ilham menggoda
aka kutempuhi keujudanmu
jua kubilang kehadiranmu
kerana tahu pertemuan ini akan berlalu
meskipun hajat kuat mahu mencapaimu
bukan mengecapi bebayang fana
sekejap datang terus berterbangan
tetapi keseluruhanmu yang memiliki kesemuanya

selagi ku belum mendekati makna senyummu itu
akan kukejar setiap waktu
rela kutunggu ketibaanmu
pun sepintas jari saat kau mendetik datang
pada hidup ini ia sepanjang musim kebahagian.

22.7.81



Artist collection: AYU, 94 cm x 70 cm, water colour, 10.10.74




No comments: